<description><![CDATA[Haziq memang sukar dijangka dan diduga. Kadang2 moodnya boleh berubah dalam sekelip mata. Kadang2 sifat kanak2nya terserlah dan pada masa yang lain sisi 'dewasa'nya yang lebih nuetral dan memahami dapat dilihat.
Contohnya baru-baru ini ibunya nak belikan kasut sekolahnya untuk digantikan dengan yang lama yang sudah koyak, tapi dia tak mahu. "Takpalah ibu, masih boleh pakai lagi...lagipun kawan2 haziq tak gelakkan haziqpun". Itulah jawapannya.
Esoknya dia kata kasut tu dah semakin ketat. Bila ibunya kata, "tu hari kata tak nak tukar!" Haziq jawab "Tapi boleh pakai lagi kan!"
Bak kata ibunya, kalau macam tu selalu, senang sikit. Hehehehehe.....
Apapun, diharapkan agar Haziq dapat memahami apa itu erti susah dan menghargai setiap benda yang dia dapat.
<description><![CDATA[Tahun ini merupakan tahun pertama Haziq menyambut Hari Guru dalam erti kata yang sebenarnya. Sebagai tanda penghargaan ke atas jasa ustaz dan ustazahnya yang mengajar, ibu Haziq telah sediakan beberapa batang pen dengan kad tulisan tangan Haziq sendiri untuk diberikan kepada guru-gurunya.
Apalah sangat pemberian dari Haziq ini jika nak dibandingkan dengan jasa guru-guru yang mendidik, tetapi inilah salah satu caranya untuk Haziq menunjukkan rasa penghargaannya kepada semua guru. Ibu bapa Haziq memberi dorongan yang sewajarnya.
Semoga ini bukanlah pemberian terakhir dari Haziq. Selepas ini, Haziq harus memberikan kejayaan yang cemerlang sebagai 'hadiah' kepada semua guru-guru yang telah banyak berjasa.
Yang pasti, guru-guru Haziq pasti tersenyum riang dengan pemberian istimewa ini.
Selamat Hari Guru untuk Semua Guru-Guru Walau Di Mana Sahaja Anda Berada....]]></description>
<description><![CDATA[Beberapa hari lepas Haziq ada buat magic sikit. Balik jer dari sekoalh dia kata ada surat dalam peti kat ibunya. Ibunyapun bergegaslah pergi ambil. Rupa-rupanya surat ucap Selamat Hari Ibu hasil tulisan dari Haziq sendiri. So suwiiit. Tersentuhlah hati seorang ibu....
Kesempatan ini kami semua ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua.
Put a smile on your Mom's face everyday.....]]></description>
<description><![CDATA[Diam tak diam hampir setengah tahun kita lalui dalam 2012. Haziqpun dah hampir setengah tahun belajar. Minggu ni Haziq sedang menduduki peperiksaan pertengahan tahun. Semoga dia dapat menjawab dengan tenang dan mudah. InsyaAllah.
Hari ni (8.5.12), se awal jam 8.00 malam dia dah tidur. Letih agaknya memerah otak menjawab soalan periksa. Adiknya si Aishah pula masih ligat bermain dengan perkakasan memasaknya. Terpaksalah ayahnya melayan si Aishah.
Haaa...inilah pic terbaru Haziq. Bak kata ibunya...bakal penngganti ustaz Don. Mudah-mudahan.
Apapun kita doakan agar Haziq cemerlang dalam pelajarannya. Aminnn]]></description>
<description><![CDATA[Sempena cuti sekolah pada bulan 3 tu hari, Haziq dan keluarganya telah bercuti sambil menghantar Atoknya balik Kedah. On the way balik ke Johor, Haziq dan keluarga sempat singgah Cameron Highlands untuk melihat ladang strawberry dan teh.
Bila sebut pasal teh, ada satu teka teki yang cukup popular yang berbunyi...pokok atas gunung...daun dalam air. He he he...
Sempatlah Haziq dan adiknya Aishah berposing di ladang teh dan strawberry. Balik dari Cameron, mereka singgah di Melaka dan akhirnya pulang semula ke Johor.
Semasa singgah di Melaka, kebetulan 3 org sepupu Haziq berada di rumah neneknya. Bila melihat jer kelibat sepupunya...adrenalin Haziqpun mulalah mengalir deras. Ada geng untuk dia berkawan. Haziq memang suka berkawan...walaupun umurnya lebih kecil dari sepupunya...tapi dia redah jerr.....kekekekeke. Sepupunya kena tahan lasaklah sikit kalau bergurau atau bergusti....Sabar je laaa....
Itulah antara gambar kenangan haziq dan Aishah di Cameron Highlands....]]></description>
<description><![CDATA[Haaa....jangan tak tahu. Haziq sekarang ni bergelar ketua kelas. Pada mula sessi persekolahan, dia bukanlah ketua kelas. Bila ketua kelas yang dilantik sebelum ini tidak dapat menjalankan tugas yang sepatutnya, maka Ustazah telah membuat pemilihan semula dan Haziq telah terpilih.
Tahniah Haziq. Walaupun bukan pilihan pertama, tapi itu bukanlah satu masalah besar untuk Haziq mengasah bakat kepimpinannya dari kecil. Pasti boleh punya.....
Bila dah jadi ketua kelas tu....tiap2 hari ada saja benda yang tak kena yang dia ngadu kat ibu dan ayahnya. Kadang2 dia meluahkan perihal kawan-kawannya yang bising yang sukar di kawal. Mungkin Haziq rasa satu tanggungjawab yang 'berat' jika dia tak dapat mengawal keadaan kelasnya bila cikgu tiada. 
Dan atas sebab itulah juga dia minta ayahnya belikan satu buku nota kecil untuk dia tulis nama budak2 yang bising. He he he....Tapi itu masa mula jer. Sekarang ni dia dah makin selesa dan tahu apa nak buat sebagai ketua kelas. Alaah...biasalah tu Haziq. Bukan mudah nak kawal semua orang yang berbagai ragam. Macam juga hibu dan ayah Haziq, bukan mudah nak 'kawal' Haziq kan? He he he....
Ok Haziq....semoga menjadi ketua kelas yang terbaik....
<description><![CDATA[Salam....
Lama dah tak update. Bukan sebab apa, kadang2 fotopages ni biul sikit. Dah penat update dan upload gambar, bila nak save, error. Tu yang tension sikit. Kadang2 lak tak boleh buka langsung. Hmmm...kena fikir alternatif lain ni...
Apapun, cerita terbaru mengenai Haziq ialah dia baru sahaja menjalani ujian Taekwando pada hari ahad 1.4.2012 yang lepas. Ujian untuk naik satu tahap lagi. Harap2 dia berjaya.
Aktiviti sekolahnya pula berjalan lancar dan seperti biasa. Cuma sifat ambil mudahnya membuatkan ibunya pening kepala. Ambil mudah pasal apa? Haaa...bila bukunya diberi pinjam dekat kawan2...berhari-hari pulak tu, buatkan ibunya 'bising' lah. Kalau buku tersebut hilang, tak ker haru. Tapi bagi Haziq...benda tu macam 'small matter' jer. 
Bila ibunya bising di tingkat bawah....dia boleh nyanyi-nyanyi sambil mandi di tingkat atas. Tak rasa 'bersalah' langsung. Ibunya pula yang 'mendidih'. Hehehehe....
Apapun, bila dia semakin membesar dan berfikir panjang sikit, sure dia akan faham mana yang boleh dan tidak. Budak2 biasalah. Macam kita dulu2 jugak....tul tak?!
<description><![CDATA[Haziq ni perangainya mudah kesiankan orang. Walaupun agak 'lasak' pada zahirnya tapi dia mempunyai hati yang sangat 'lemah'. Mudah kesiankan orang dan sangat pemurah.
Baru-baru ini, di sekolahnya...dia telah beri semua duit belanja kepada seorang kawannya dengan alasan dia kesiankan kawannya itu yang tiada duit untuk makan. Dia sanggup berlapar asalkan kawannya ada duit untuk makan. Memang murni niatnya tapi caranya salah.
Disebabkan itu, ibunya telah memberi bekal kepada Haziq. Kalau berterusan dia bagi duit dekat kawannya, bankrap lah ibu bapanya. Ibunya menasihatkan Haziq supaya tidak perlu memberi kesemua duit kepada kawan. Memadai dengan berkongsi makanan. 
Apapun kita doakan agar pengalaman yang diperolehi oleh Haziq dalam proses pembesarannya ini akan menjadikan dia insan yang berguna. 
Entah bilalah Haziq akan membaca tulisan ini sambil tersenyum depan skreen kerana perjalanan hidupnya dari kecil hingga sekarang dapat diketahuinya serba sedikit. 
Ok..tulah antara gambarnya semasa disekolah. Dia memang lekas dapat kawan kerana sikapnya yang mesra alam. He he he]]></description>
<description><![CDATA[Minggu pertama sessi persekolahan, Haziq dah demam. Mungkin disebabkan jadual hariannya sebelum ini dah bertukar dan sedikit letih. Apapun, Haziq tetap bersemangat dengan sessi persekolahannya. Lama kelamaan nanti dia akan biasa dengan rutin hariannya.
Nak tengok Haziq dengan pakaian sekolahnya? Ha, ada di atas tu. Segak dengan pakaian barunya. Apapun, kita semua doakan agar perjalanan Haziq berjalan lancar. Semoga tiada kejadian buruk berlaku. InsyaAllah.]]></description>
<description><![CDATA[Haa...pada 4.1.2012(Rabu) yang lalu, Haziq telah dengan rasminya menjadi pelajar sekolah rendah darjah 1. Rasa kejap jer dia membesar. pejam celik..pejam celik melayan karenah dia, tup tup dah masuk sekolah dah.
Perasaan dia?! Hmm..seperti kebanyakan perasaan budak2 nak masuk sekolah yang lain, excitednya memang luar biasa. Pada hari pertama, seawal pagi 5.45 dia dah bangun. Tak sabar nak pakai sepersalinan baju sekolah baru. Tak sabar nak mengenali kawan-kawan baru. Belajar benda baru...dan semuanyalah.
Ibu, ayah dan adiknya Aishah setia menghantarnya ke sekolah pada hari pertama. Bagi sokongan dan semangat. Semuanya ok..dia selesa dengan persekitaran baru. Cuma sebelum masuk sekolah tu hari, perkara pertama yang dia tanya ialah kantin. Kih kih kih..kantin yang ditanyanya dulu. 
Gambar dia dengan baju sekolah belum lagi dapat untuk diuploadkan. Tapi sebelum persekolahan dibuka tempohari, dia dan keluarganya telah bercuti di Melaka. Antara tempat yang Haziq pergi ialah, Cowboy Town di A Famosa Melaka untuk melihat kemeriahan sambutan Malam Krismas. Esoknya dia dan sepupunya pergi pula ke Riang Ria Water Park di Pengkalan Balak. Main Air lagi. Esoknya pula pada hari Isnin perkelahan beramai2 di Pantai Pengkalan Balak lagi. Dia mandi lagi. Pada hari Selasa pula dia pergi lagi ke Wonderland Melaka main lagi air sehari suntuk. Memang Haziq suka dengan air....
Jom tengok gambar2nya...]]></description>