Want your
own Fotopage?








 
haziq's FotoPage
a journey begins
By: wan haziq

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Friday, 27-Jan-2012 12:57 Email | Share | | Bookmark
Haziq yang Pemurah

sekolah
sekolah 1
sekolah 2
Haziq ni perangainya mudah kesiankan orang. Walaupun agak 'lasak' pada zahirnya tapi dia mempunyai hati yang sangat 'lemah'. Mudah kesiankan orang dan sangat pemurah.

Baru-baru ini, di sekolahnya...dia telah beri semua duit belanja kepada seorang kawannya dengan alasan dia kesiankan kawannya itu yang tiada duit untuk makan. Dia sanggup berlapar asalkan kawannya ada duit untuk makan. Memang murni niatnya tapi caranya salah.

Disebabkan itu, ibunya telah memberi bekal kepada Haziq. Kalau berterusan dia bagi duit dekat kawannya, bankrap lah ibu bapanya. Ibunya menasihatkan Haziq supaya tidak perlu memberi kesemua duit kepada kawan. Memadai dengan berkongsi makanan.

Apapun kita doakan agar pengalaman yang diperolehi oleh Haziq dalam proses pembesarannya ini akan menjadikan dia insan yang berguna.

Entah bilalah Haziq akan membaca tulisan ini sambil tersenyum depan skreen kerana perjalanan hidupnya dari kecil hingga sekarang dapat diketahuinya serba sedikit.

Ok..tulah antara gambarnya semasa disekolah. Dia memang lekas dapat kawan kerana sikapnya yang mesra alam. He he he



Ramai professional pun dah daftar, Doktor daftar, Manager bank pun dah daftar, CEO pun dah daftar, orang kaya pun daftar kenapa kita tidak? ini adalah peluang untuk menjadi pemegang saham kepada co yang hampir dengan GOOGLE dan FACEBOOK!

Salam 1 Malaysia,
Dunia internet sekali lagi digegarkan dengan teknik terkini untuk menambah pendapatan. Namun kali ini ianya tampil dengan aura yang lebih hebat.
Tanpa modal awal + tanpa yuran bulanan + tanpa buat apa-apa + tanpa menjual + tanpa membeli + bukan MLM + tanpa muat turun = Peluang Yang paling Hebat Di Internet.
Bagaimana? Sebelum itu mari kita kupas dahulu tentang logiknya dua gergasi di internet iaitu Google dan Facebook telah mencatat keuntungan berbilion dollar setiap tahun. Bagaimanakah mereka menjana keuntungan tersebut?
Rahsia paling utama adalah penjanaan melalui penjualan iklan. Siapakah yang menggunakan perkhidmatan pengiklanan mereka? Mudah, jawapannya adalah ahli jaringan yang telah mendaftar sebagai pengguna perkhidmatan mereka juga.
Kini satu lagi gergasi akan muncul yang akan beroperasi seperti Facebook dan Google bergelar WAZZUB. Bagi menyaingi populariti dua gergasi yang disebutkan tadi, WAZZUB telah membuat pendekatan yang bakal memberi keuntungan kepada kita sebagai pengguna perkhidmatannya.
WAZZUB telah menggunakan kaedah bijak dengan mengupah setiap ahli yang mendaftar sekarang supaya melakukan dengan apa saja cara pun untuk meramaikan ahli WAZZUB. Sebagai upahnya , ada dua pendapatan yang akan diberi kepada ahli :

1. Pendapatan Residual
Yang mana dengan hanya melakukan kerja sekali sahaja kita akan menerima pendapatan setiap bulan.
(50% keuntungan WAZZUB setiap bulan akan diagih mengikut kelayakan ahli)

2. Pendapatan Leveraj
Iaitu pendapatan yang kita terima setiap bulan dari hasil kerja orang lain.
Maksudnya jika kawan kita yang memperkenalkan ahli pun kita tetap dibayar.
WAZZUB menggunakan sistem matrix atau unilevel hingga level 5
Contohnya : Jika anda memperkenalkan 10 ahli dan semua ahli dalam kumpulan anda memperkenalkan 10 ahli
Level 1 : 10
Level 2 : 100
Level 3 : 1000
Level 4 : 10,000
Level 5 : 100,000
Jumlah : 111,110 ahli dalan kumpulan anda

PERHATIAN!!!!

hanya ahli yang mendaftar sebelum 9 APRIL 2012 SAHAJA yang layak mendapat profit sharing ini. Bagi mengira
profit sharing , WAZZUB menggunakan formula yang dipanggil $Factor.
$Factor = 50% keuntungan Bersih/Ahli Yang Layak Dapat Profit Sharing ( Ia akan berubah ubah mengikut
keuntungan bulanan)
Sebagai contoh misalnya $Factor - $1.00
111,110 X 1.00 = $111,110.00
Bagaimana, sudah jelas? Jika masih belum lagi, tidak mengapa, Daftar sahaja dahulu kerana ianya PERCUMA.
Kemudian salin dan antar email ini kepada kawan-kawan anda. Mudah Jer....
Daftar sekarang :
>> http://signup.wazzub.info/?lrRef=423d7
>> http://signup.wazzub.info/?lrRef=423d7
>> http://signup.wazzub.info/?lrRef=423d7


Sun 29-Jan-2012 17:24
Posted by:Wazzub  - [Link]
Add comment


Sunday, 15-Jan-2012 12:57 Email | Share | | Bookmark
Haziq dah mula sibuk...

Haziq
Haziq 1
Haziq 2
Minggu pertama sessi persekolahan, Haziq dah demam. Mungkin disebabkan jadual hariannya sebelum ini dah bertukar dan sedikit letih. Apapun, Haziq tetap bersemangat dengan sessi persekolahannya. Lama kelamaan nanti dia akan biasa dengan rutin hariannya.

Nak tengok Haziq dengan pakaian sekolahnya? Ha, ada di atas tu. Segak dengan pakaian barunya. Apapun, kita semua doakan agar perjalanan Haziq berjalan lancar. Semoga tiada kejadian buruk berlaku. InsyaAllah.

Add comment


Saturday, 7-Jan-2012 10:14 Email | Share | | Bookmark
Selamat Melangkah ke Alam Persekolahan

Cowboy Town
Riang Ria Water Park
Pengkalan Balak
View all 4 photos...
Haa...pada 4.1.2012(Rabu) yang lalu, Haziq telah dengan rasminya menjadi pelajar sekolah rendah darjah 1. Rasa kejap jer dia membesar. pejam celik..pejam celik melayan karenah dia, tup tup dah masuk sekolah dah.

Perasaan dia?! Hmm..seperti kebanyakan perasaan budak2 nak masuk sekolah yang lain, excitednya memang luar biasa. Pada hari pertama, seawal pagi 5.45 dia dah bangun. Tak sabar nak pakai sepersalinan baju sekolah baru. Tak sabar nak mengenali kawan-kawan baru. Belajar benda baru...dan semuanyalah.

Ibu, ayah dan adiknya Aishah setia menghantarnya ke sekolah pada hari pertama. Bagi sokongan dan semangat. Semuanya ok..dia selesa dengan persekitaran baru. Cuma sebelum masuk sekolah tu hari, perkara pertama yang dia tanya ialah kantin. Kih kih kih..kantin yang ditanyanya dulu.

Gambar dia dengan baju sekolah belum lagi dapat untuk diuploadkan. Tapi sebelum persekolahan dibuka tempohari, dia dan keluarganya telah bercuti di Melaka. Antara tempat yang Haziq pergi ialah, Cowboy Town di A Famosa Melaka untuk melihat kemeriahan sambutan Malam Krismas. Esoknya dia dan sepupunya pergi pula ke Riang Ria Water Park di Pengkalan Balak. Main Air lagi. Esoknya pula pada hari Isnin perkelahan beramai2 di Pantai Pengkalan Balak lagi. Dia mandi lagi. Pada hari Selasa pula dia pergi lagi ke Wonderland Melaka main lagi air sehari suntuk. Memang Haziq suka dengan air....

Jom tengok gambar2nya...

Add comment


Monday, 28-Nov-2011 07:55 Email | Share | | Bookmark
Graduation Day 2011

Tahniah
Haziq & Abigail
Haziq & kawan2
Pada 19.11.2011 tu hari, tamatlah pengajian Haziq di tadika Zon Pintar. Pada hari tersebut diadakan graduation day dan juga persembahan khas dari pelajar-pelajar tadika tersebut.
TAHNIAH untuk Haziq kerana telah mendapat anugerah pelajar cemerlang dalam pencapaian akademik. Haziq dapat No. 1 dari 21 orang murid. Semoga pencapaian cemerlang ini dapat diteruskan semasa di sekolah rendah nanti.
Pada hari tersebut juga, Haziq dan rakan-rakannya telah mengadakan persembahan khas Boria. Haziq berpasangan dengan Abigail. Bukan main rancak lagi Haziq menari ikut alunan Muzik.
Jenuh jugalah Haziq dan kawan-kawannya menghafal tarian dalam masa tidak sampai sebulan. Asyiklah dia berlatih dekat rumah. Memang dia tak sabar nak buat persembahan.
Keputusan akhirpun hanya diketahui masa hari Konvo tersebut. Itupun selepas ibunya membaca nama2 pelajar cemerlang dalam buku aturcara.
Sekali lagi TAHNIAH untuk Haziq.

Add comment


Monday, 24-Oct-2011 03:46 Email | Share | | Bookmark
Family Day 2011

kumpulan oren
isi air dalam botol
rebut gula2
Pada 22.10.2011 keluarga besar haziq telah mengadakan Family Day 2011 di Waterworld A Famosa Melaka. Malamnya pula diadakan majlis makan malam dengan tema Ntuk Kiter2 Ajer - Sehari Bersama Seabad Terasa.

Kumpulan Haziq iaitu Oren telah berjaya mengungguli acara sukaneka kanak-kanak. Oren berjaya mengalahkan Merah Jambu. Ada 5 acara yang dimainkan. Tahniah kumpulan oren.

Lepas sukaneka, apa lagi, Haziq dan adiknya Aishah lencun lah bermain air. Memang 'hantu' air mereka berdua. Semua permainan di situ hendak dicubanya. Tidak ada rasa 'takut' pada ketinggian si haziq ni. Apapun, janji dia enjoy dan happy.

Malamnya pula ada acara permainan ringan sambil makan malam. untuk Musical Chair yang dimainkan 12 kanak-kanak, Haziq berjaya menjadi juara. Bila ditanya apa rahsianya dapat rebut kerusi, dia kata ' Alaa..kat sekolah dah main dah". Hehehehe...

Apapun tujuan utama Family day ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim sesama keluarga dan fokus utama ialah pada generasi kecil supaya dia kenal sepupu sepapat mereka dan tidak kekok berinteraksi bila dewasa nanti. yang penting dia org kenal susur galur mereka. InsyaAllah.

Jom layan pic terbaru haziq pada Family Day 2011.

Add comment


Sunday, 25-Sep-2011 02:11 Email | Share | | Bookmark
Haziq Masih Beraya di JB

Raya
Raya 1
Raya 2
Bulan Syawal dah sampai ke penghujungnya, tapi Haziq dan keluarganya di Johor masih lagi meriah dengan sambutan Marhaban setiap malam. Aktiviti ni memang si Haziq suka. Suara dia ler yang kuat dan lantang. Tapi malam tadi dia kurang sihat. Terpaksalah ayahnya menghantar haziq balik rumah dan duduk sorang2. Memang tak larat benar tu. Kalau setakat sakit sikit...memang Haziq tak der hal punya.
Tahun ni, disebabkan Haziq beraya di kedah, maka kuranglah gambar-gambar rayanya yang dapat dirakam. Tapi sempat jugalah 'paksa' dia posing bila dia balik beraya di Melaka. Tahu2 sajalah, sekarang ni nak suruh dia posing punyalah susah. Mungkin sebab dari kecil dia dah muak dengan kamera kot.
Walaupun begitu, untuk tahun ini, dia dah pandai gunakan kamera video ayahnya untuk merakam gambar semasa beraya. Dan disebabkan minatnya itu, sebagai hadiah dapat no. 1 tempohari, ayahnya telah belikan Haziq camera. Manalah tahu, dari minat mungkin akan boleh mendatangkan hasil suatu hari nanti. Yang penting dorongan dan galakan.
Oklah, semasa Haziq beraya di rumah Mak Longnya tu hari pada raya ke-4, sempatlah merakam gambar dan aksinya selepas puas dipujuk. Hehehe..
Jom tengok..

Add comment


Sunday, 11-Sep-2011 14:10 Email | Share | | Bookmark
Gelagat Aishah Masa Sambutan Birthday Haziq

aishah n haziq
aishah n haziq 1
aishah n haziq 2
Bukan Haziq saja yang teruja menyambut hari lahirnya di Tadika Zon Pintar, adiknya Aishah juga teruja untuk meraikan abangnya bersama-sama kawan sekelas yang lain. Mungkin kerana dikelilingi ramai orang membuatkan Aishah leka dengan abangnya sampaikan hendak terus 'lepak' kat tadika tersebut. Belum masanya lagi Aishah...hehehe
Haziq pula sangat prihatin dengan adiknya. Tengok ajalah gelagat dia 'menjaga' Aishah. Dalam ramai-ramai tu nak juga si Aishah ni menyelit.
Jom tengok gambar....

Add comment


Friday, 9-Sep-2011 14:45 Email | Share | | Bookmark
Happy Birthday Haziq - 6 Tahun Dah Ek...

birthday cake
birthday boy 1
birthday boy 2
Rasanya baru semalam ambil gambar2 hari lahirnya masa dia berumur 2 & 3 tahun. Pejam celik hari ini dah genap umurnya 6 tahun. Selamat Hari Lahir Haziq.

Tahun2 sebelum ini hari lahirnya jatuh pada bulan puasa, jadi tak dapatlah buat sambutan dengan kawan-kawan sekolah. Tahun ini pula hari lahirnya jatuh pada Hari Jumaat bersamaan dengan 11 Syawal. Awal-awal lagi dia dah nak buat jamuan di tadika Zon Pintar.

Menurut ibunya, tahun ini dia sendiri yang memilih kek. Dia tak pilih kek yang ada gambar kartun, katanya nanti semua berebut nak makan yang kartun tu. Jadi dia pilih kek yang ada banyak gambar belon. Hehehehe...

Selain kek, ibu dan ayahnya juga memberi buah tangan kepada kawan-kawan kelas Haziq sebagai memenuhi permintaan Haziq.

Kebetulan pula, hari ini keputusan ujian haziq keluar. Alhamdulillah, Haziq berjaya mendapat no. 1 dalam kelas. Kegembiraan berganda dia hari ini.

Apapun, kami semua mengucapkan Selamat Hari Lahir Buat Haziq. Semoga terus cemerlang dalam kehidupan dunia dan akhirat. Amin....

Entry lepas ni...ragam Haziq Berhari Raya Pulak..heheheh

Add comment


Saturday, 20-Aug-2011 04:31 Email | Share | | Bookmark
Kad Raya Pertama Haziq

Kad
Kad 1
Kad 2
Pada 18.8.2011 (bersamaan 18 Ramadhan 1432), sampailah kad raya pertama dari haziq untuk nenek & pak ndaknya. Besar kad raya yang dikirimkannya. Ada dvd juga disertakan.
Kad raya tulisan tangan haziq itu seperti biasalah, memohon ampun dan maaf. Tahun ini haziq dan keluarganya akan beraya di Kedah. Oleh itu dia berpesan untuk tidak melupakannya bila makan lemang dan rendang nanti.
Dalam kad raya tu di lukiskan gambar ayah, ibu, dia dan adiknya Aishah. Tulisan tangan Aishahpun ada, tapi conteng2 je la..takda makna. Hehehehe.
Nampaknya, ketika org lain sibuk mengirim sms ucap selamat, Haziq menyuburkan kembali kiriman kad raya melalui pos. Memang menggamit nostalgia lama bila menerima kad raya dari Posmen. Nampaknya ramai yang lebih cenderung menghantar kad raya melalui e-mail dan sms...malah ada juga yang mengucapkannya melalui laman sosial Facebook & Twitter.
Apapun caranya, terpulang pada individu. yang penting maksud ucapan tersebut sampai kepada penerimanya.


Add comment


Tuesday, 9-Aug-2011 15:32 Email | Share | | Bookmark
Selamat Berpuasa...

haziq
haziq 1
haziq 2
Tahun ni tahun kedua si haziq belajar berpuasa. Memang dia teruja nak berpuasa. Sebelum Ramadhan pun dia dah nak ikut sama berpuasa sunat dengan ibu bapanya walaupun tak bangun sahur.
Pada 1 Ramadhan kali ini, haziq diserang demam. Tapi digagahkan juga untuk berpuasa. Bila di tanya nak makan apa time berbuka, dia hanya nak makan karipap. Hehehe...tekak dia tak berapa nak selera lah tu.
Kalau tahun lepas, asalkan ibunya masak jer, dia asyik tanya bila nak berbuka dan kerap kali juga buka peti ais nak dapatkan hawa sejuk. Tapi tahun ini, dia dah kebal sikit. Takderlah nak tanya jer. Kirakan dia dah dapat tahan dugaan bau masakan. Hehehe...
Cuma ada satu perangai yang dia belum boleh ubah lagi iaitu liat nak bangun sahur. memang susah nak bawa dia ke meja makan untuk bangun sahur. Liat. Sampai dibelikan jam loceng untuknya bangun. Bila dah ada jam loceng tu, senanglah sikit. Tapi tak tahulah sampai bila. Nanti jam loceng berbunyi sampai habis bateripun belum tentu dia bangun. Harap-harap tak macam tulah. He he he...
Ok, kesempatan ni diucapkan Selamat Berpuasa kepada semua...

Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

web01.fp.pidgintech.com